Photobucket
MY DiGiTaL LiFe HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa
SeTiauSaHa
Thursday, July 24, 2014, 3:30 PM , 0 comments

salam..
hye..
hari ney hana nak share cket pasal tugas hana as secreatary walid sepanjang bln RaMdhan ney..
kali ney..
hana kne buat teks khutbah..
walid minta yg ringkas dan padat..
so inilah hasilnya..




Sidang hadirin yang dimuliakan,
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Di bulan dan di hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT pada awalnya mendapat rahmat, pertengahannya keampunan dari Allah SWT dan penghujungnya pembebasan dari api neraka.Amat beruntunglah orang-orang yang telah melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap allah swt.
Sabda Rasullallah saw..
 “ Barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan rasa penuh keimanan dan keikhlasan nescaya allah swt mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”
Amat beruntunglah juga orang-orang yang telah berusaha melakukan solat tarawikh setiap malam dibulan ramadhan yang telah dijanjikan oleh Allah swt dengan pelbagai kebaikan dan kemuliaannya
.Sabda rasullallah saw
 “ Menunaikan ibadat sunat dibulan ramadhan , akan diberikan balasan pahala menunaikan ibadat fardhu…”
Amat beruntunglah pula , orang-orang yang terus mencari habuan kemuliaan dan rahmat dari allah swt dengan melakukan pelbagai amalan soleh ….
Mereka memperbayakkan solat-solat sunat , memperbanyakkan sujud kepada allah swt , membaca al quran , melakukan iktikaf dimasjid , berzikir , berselawat , bersedakah , memberi makan orang-orang yang berpuasa dan bermacam-macam lagi usaha gigih yang dilakukan oleh orang-orang yang penuh yakin terhadap janji allah swt.Amat rugilah pula ….
Orang-orang yang mensia-siakan ramadhan yang berada dengan penuh kemuliaannya dan kehebatannya yang terbentang dihadapan mereka…
 amat rugilah jua orang-orang yang tidak mempedulikan …
 hidangan allah swt dengan hidangan kerahmatannya , keampunannya dan kasihsayangnya….
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra huma…..
“ Maka berfirman Allah swt pada setiap malam ramadhan… dengan seruannya …. Adakah dari hamba-hambaku yang berdoa kepadaku .. nescaya akan ku makbulkan doanya …. Adakah hamba-hambaku yang kembali bertaubat kepadaku .. nescaya aku terima taubatnya… adakah pula hamba-hambaku yang memohon keampunan kepada kepada dari segala dosa-dosanya … nescaya ku ampunkan baginya ….”
Siding hadirin yang berbahagia,
Sedar atau tidak sedar, kita kini sudah berada di penghujung Ramadhan, ada baiknya jika kita renungkan kembali, apakah kita pasti bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan selama hampir sebulan ini akan diterima oleh Allah s.w.t ataupun sebaliknya? Apakah kita masih melakukan perkara-perkara yang mencacatkan ibadah puasa? Apakah puasa kita layak diberi ganjaran pahala oleh Allah? atau kita hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa sebarang pahala?.
Sesungguhnya hanya diri kita sendiri yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita lakukan. Ini kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya.
 Sebagai bulan yang disediakan dengan ganjaran pahala yang besar,berlipat kaliganda,dan dijanjikan syurga,maka tidak wajar kita membiarkannya berlalu begitu sahaja seperti cerita kosong sahaja.
 Sidang hadirin yang dikasihi,
 Adalah sungguh bijak bagi kita merebut segala peluang yang Allah sediakan pada hari-hari terakhir Ramadan .Ini kerana kita tidak pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak menyambut Ramadan pada tahun hadapan.
Siding hadirin yang dirahmati,
 Berbakikan 3 hari Ramadan ini, masih belum terlambat untuk kita memaksimumkan amalan-amalan kita…marilah kita sama-sama ,
 1. Berusaha membanyakkan amal ibadah kita dihari-hari akhir Ramadan ini seperti menerukan sembahyang terawih, membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah .
2. Berusaha mendapatkan kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya yang dijanjikan pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
3. Basahilah bibir kita dengan memohan keampunan kepada Allah swt
4. Mohonlah dengan rendahati dan bersungguh-sungguh agar kita ditempatkan di syurga allah swt dan didebaskan dari azab api neraka.
Akhir sekali, mimbar jumaat pada hari ini ingin menyeru seluruh umat islam agar bersama-sama menghayati dan menghidupkan Ramadhan lebih-lebih lagi untuk malam terakhir Ramadhan. Kita tidak pasti adakah kita masih mampu untuk meneruskan ibadat Ramadhan pada keesokan hari? Adakah kita masih lagi diberi nikmat untuk melihat dunia ini keesokan hari. Oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini.
tak complete mne pown..
still learning..
dalil2 apa sume tak de
sbb walid kata..
blaja buat rangka dulu..
nak letak dalil2 ney kita kne menuntut..
tak boleh pakai letak kan..
so hana akn improve lagi ew..
bye..
salam..

0 Comment(s)

|

Assalamu'alaikum!



Welcome to my cutest blog! My name is __SuRaT DaRi HaTi___.
wanna know more?? click here


DaTiNG JoM!




MY LeTTeRS FoR You
RaMaDHaN KaLi iNi
PeNGaGiHaN ZaKaT
ReSuLT
MuKa BuKu
CiNTa SaLMaN aL-FaRiSi
My BeSTie BesDay =)
SeTia MeNaNTi JoDoHKu..
iMPiaN TaK SeLaLu DiMiLiKi..
muhasabah
KaWaN
Credit
Layout by kusyi03.
Materials .