Student
Kita ni manusia tak pernah lekang dari title ‘student’
Kita ni manusia tak pernah lekang dari tugas ‘study’
Kita ni manusia tak pernah lekang dari title ‘teacher’
Kita ni manusia tak pernah lekang dari tugas ‘mengajar’
Hai readerssssssss *bajet macam banyak*
Hana bukan nak berpuisi ye.
Hana tak sehebat antum semua nak
berpuisi,huhuuhu.
Bak kata membe2 hana “kau hana hati batu, mana tau cintan
cintun madah2 ney “
hahahahah. Betul kot.
Entry kali ni hana nak share benda baru yang hana belajar.
Nampak macam remeh tapi tetap belajar kan.
Korang kenal kan ‘mesin basuh
automatik’ ?
kat rumah hana takde
Disebabkan sibuk sangat *kot* hana telah Berjaya mengumpulkan baju 2 baldi baju.
Hahhahah.
So, jalan penyelesaiannya adalah basuh guna mesin !! huhuhu.
Sebelum
ni basuh guna tangan. Rasanya sama penat je.
Kalau basuh guna tangan penat
menyental tapi kalau basuh guna mesin penat menyidai. Hahahahah.
Tak susah pon basuh guna mesin Cuma takut untuk mencuba. Meh
kita usya sikit cara nak basuh guna mesin automatic. Mana tau berguna untuk
romeo2 yang nak kena basuh baju sendiri sebab isteri kerja kan.
Langkah 1
Betulkan baju2 korang. Maknanya terbalikkan baju korang biar
sebelah dalam ada kat sebelah luar supaya warna baju tak luntur bila basuh
nanti. Kemudian, pastikan dalam poket tak ada apa2. Mana tau ada orang nak bagi
cek letak dalam poket korang kang lebur dek mesin basuh. Lagipon bagi
mengelakkan baju korang kotor akibat benda dalam poket tu. Pastoo masukkan
segalanya dalam mesin tu. Kalau nak lagi kemas, korang asingkan baju2 ikut
tahap kekotoran. Tapi hana selalunya bantai je..hahahhaa
Langkah 2
Masukkan sabun ikut banyak baju laa. Jangan lupa masuk
pelembut sama macam softlan ke apa kan. Sebab pelembut ni dapat mengelakkan bau hapak dan mewangikan baju. Macam hana guna Dynamo. So tak perlu
softlan sebab 2 in 1 means sabun + pelembut. Jimat. Kalau Dynamo tu hana
masukkan 2 penutup botol dia. Haaa kasi wangi maa..hahhaha.
Langkah 3
Tekan ‘start’ . Nanti korang akan Nampak automatic air masuk
sendiri dalam mesin ikut saluran dia dan bila air tu dah penuh, mesin tu akan
mulakan operasi membasuh. Korang boleh setting tahap kelajuan air tu jugak tau.
Tapi hana selalu redha je. Hahahah .
Langkah 4
Selepas 30minit insyaAllah akan selesai membasuh. Kemudian,
korang jemur laa. Tapi jangan biar terperap dalam baldi je tau. Nanti bau baju korang
akan bertukar jadi masam pastoo bila dah kering jadi hapak. Nak lagi baik,
terus sidai bawah cahaya matahari tapi kalau kawasan korang macam kawasan hana,
asal sidai pon dah ok. Kawasan hana tu maksudnya kawasan yang tak cukup ampaian
so kena sidai dalam bilik. Hahahaha.
Langkah 5
Makan !!!! bila dah penat membasuh, mesti lapaw kan. So jom
bagi hadiah dekat badan korang yang penat too dengan makan.
*inti tuna buatan sendiri.student kan..roti je lerrr*
bawah ni hana ada bagi sedikit sedutan dari ceramah UAI tentang hukum basuh baju guna mesin automatik
Itu sahaja dari hana.
Semoga benda yang remeh ni dapat
menyempurnakan hari2 korang.
Akhir kata,
“ sebesar zarah sekalipun sesuatu
perkara itu, ia tetap ilmu “