Photobucket
MY DiGiTaL LiFe HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa HaNa
budak skolah agaMa
Wednesday, June 29, 2011, 8:41 AM , 0 comments
  

SalaM…Ai..ello..lMe x lyn blog kn!!..adoai..ana busy ar..busy dgn study..busy dgn blog geng..McM2 lh..soe erk!!
Ana nk citer cket reality yg sokMo jd kt student skol agama..like Me !!.. 

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.

Apakah pandangan kowg?
Apa yg kowg akn wt ble kowg tau sal nie ??,


Citer nie reke jew tau !!..x dew kne Mengena dgn yg idup or still alive..
Ana x pnh tengok pown bnde nie..tp situasi nie sokMo berlaku. X yah tau ar ana tau Mne..biarlah rahsia.., tp ana juz nk kowg jwb yes or no !!

Betul kan?
Student skol agama..,guyz ke..gurlz ke.,klu dulu bek, ttbe terjebak dgn sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, ttbe bercouple. Rakan kita yang nampak alim, ttbe terdengar khabar dia berzina.pergh !!!..
So ! ap yg kte wt ?!
 sokMonye laa..,confirm kne Maki..kne pulau..
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”

Dan 1001 macam lagi yg akan kuar di mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Npe ?? npe kte wt caMtue ??..npe kte kata caMtue ??
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita hari ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Ana suke tnye..
Sape yg penah face to face dgn diowg ??tnye sb pew wt caMnie n cbe tarik diowg blek..
Tp frust ana..
Kita sokMo kata caMni:

“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”

But 4 Me, diowg Manusia la..confrM ad wt clap gak..evrybody not perfect la..
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan diowg yg x pnah skol agaMa . Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Klu kte still dgn prinsip kte td...kte bio jew bdk 2 wt Maksiat..kte tngok jew…
That’s our Mistake..
Wait n see !!
Ana x nafi..ana pown kengkdg caMtue gk !
Ble kte wt clap., kte nk owg phM... Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita .n kte x tau Mne clapnye sbb x dew owg tgor..cnfrM saket atie...
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Ana rse, kite suMe sMe jew.. Baik kamu, mereka, mahupun ana.
Ana pplg anti, amat benci manusia yang pakai hentam jew.serbu x pkai helmet.. Kenal pun x, belasah jew..kang ana tlan jgkidup2 owg tue..

So…what we should do?
Pnah ark kowg g seMbang2 dgn pendosa2 agaMa nie..
Diowg perlukan kite !!
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
X rMai yg sabo klu kne hina caMnie..
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?

“Aku tegur dah dia”  
Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Datz is our prob...
Tp kye tundiing jari kt diowg.
Ala..kte pown 2x5 jew.. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Bwk dye blek..
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata:
 
“Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
suMe owg khalifah di buMI Allah k..
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?

“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, aMacaM skunx!!
Tgur ar..kwn…salami ati diowg..

Kowg sure tau !!..Mencegah keMungkaran adlah wajib !!
“Saya mencegah dengan hati”
  Ha ha.. ini alasan kowg nak bg kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
so, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kowg. so, dosa kalau x tgur. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.

Then..jgn ar tgur cM ajak2 ayaM..
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?

1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.

Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama”
Klu kowg ulg lg benda ni.
Sudah-sudah.
 
“Dia manusia juga”
that is My answer !!.
Ayuh, jangan cakap belakang..

Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan


citer nie tlh di adaptasi drpd...


dn tlah diolah sMula oleh.. 

Labels:


0 Comment(s)

|

Assalamu'alaikum!



Welcome to my cutest blog! My name is __SuRaT DaRi HaTi___.
wanna know more?? click here


DaTiNG JoM!




MY LeTTeRS FoR You
aku menulis apa yang ku mahu... aku mencatat apa ...
Dia Merancang segalany..
rahsia gurlz..
cinta dunia
teka-teki pintaR..
Hai!... Klu td ana dh tunjuk “resepi sodap”..skunx...
resepi sodap!!!!
"salaM walid..arinie ana blik.."..ayat basic klu a...
"ana nk Mkn pew rinie??..t uMMi Msk.." uMi ana sok...
Nak taw ark sal PAKWE ana? (ana type huruf bsr 2 s...
Credit
Layout by kusyi03.
Materials .